para pengikut

Tuesday, March 22, 2011

HARIMAU MALAYA LAYAK KE PUSINGAN KE-2 KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 ZON ASIA

picture kredit to google

Benua Asia akan memulakan pengembaraan bagi mencari slot ke FIFA Piala Dunia 2014 di Brazil. Sehubungan itu, pusingan pertama akan bermula pada 30 Julai 2011 dan undian bagi pusingan pertama tersebut akan diadakan pada 30 Mac 2011 di Rumah AFC, Kuala Lumpur.

Pusingan pertama ini mengandungi 14 negara Asia bedasarkan 14 pasukan yang menduduki ranking tercorot. Setiap pasukan akan bermain sebanyak 2 kali iaitu di laman sendiri dan laman lawan. Pasukan yang menang akan meneruskan ke pusingan ke-2.

Berdasarkan ranking dunia FIFA, Malaysia menduduki di ranking ke 28 dari 48 negara dan oleh itu pasukan Malaysia layak untuk mendapat bye di pusingan pertama dan mara ke pusingan ke-2. Tahniah untuk pasukan Malaysia.


Ranking FIFA Piala Dunia 2014, zon Asia.

1. Japan,
2. Korea Republic,
3. Australia,
4. DPR Korea,
5. Bahrain,
6. Saudi Arabia,
7. Iran,
8, Qatar,
9. Uzbekistan,
10. UAE,
11. Syria,
12. Oman,
13. Jordan,
14. Iraq,
15. Singapore,
16, China,
17, Kuwait,
18. Thailand,
19. Turkmenistan,
20. Lebanon,
21, Yemen,
22. Tajikistan,
23. Hong Kong,
24. Indonesia,
25. Kyrgyzstan,
26. Maldives,
27. India,
28. Malaysia,
29-30, Afghanistan, Cambodia,
31. Nepal,
32. Bangladesh,
33-34. Sri Lanka, Vietnam,
35. Mongolia,
36. Pakistan,
37. Palestine,
38. Timor Leste,
39. Macau,
40-41. Chinese Taipei, Myanmar,
42-43. The Philippines, Laos


sumber dipetik dan diubah suai dari www.fifa.com