para pengikut

Wednesday, February 9, 2011

KHAIRUL FAHMI DAPAT BANGLO



Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, yang membantu Malaysia menjuarai kejohnanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2010, bakal menduduki rumah banglo setingkat bernilai lebih RM100,000 pada Jun ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunaan Insan, Belia Sukan dan NGO Kelantan, Abdul Fattah Mahmood, berkata mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini meluluskan peruntukan dan pelan untuk pembinaan rumah berkenaan dan ianya dijangka siap pada pertengahan tahun ini.


Rumah itu akan dibina oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. 

Pemberian hadiah itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang bangga dengan kecemerlangan Khairul Fahmi sepanjang kejohanan itu.



p/s- seronok lah awek KFCM tu.kah kah kah.die pon tumpang glamor.kah kah kah.apepon tahniah KFCM.anda memang layak.


genius pundit

0 comments: