para pengikut

Friday, February 11, 2011

JM 2011 kembali.


KEJOHANAN Lumba Basikal tertua di Malaysia, Jelajah Malaysia (JM) 2011 dijangka lebih menarik dan mencabar.
Kejohanan yang sudah memasuki edisi ke-47 itu bakal disertai 180 orang pelumba daripada 34 pasukan yang mewakili pelbagai negara termasuk dari Amerika Syarikat dan Eropah.
Tahun ini, JM yang berstatus 2.2 dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu menjelajah ke lima buah negeri meliputi kawasan-kawasan kampung dan bandar-bandar kecil di Johor, Pahang, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Johor akan menjadi pentas saingan pembuka tirai pada 8 Mac depan sebelum berakhir di Nilai, Negeri Sembilan pada 13 Mac.
Hadiah keseluruhan berjumlah RM200,000 bakal menanti para pemenang JM 2011.
Upacara pelancaran itu disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
KOMEN GUA-aku tak paham la ape pasal bik mama ni asek nak sibuk je dalam sume benda.menteri sukan da takde keje ke woi.bik mama ni menteri pelajaran jugak..abis sume die nak sebat.KAH KAH KAH..memang betol la FLOM (fat lady of malaysia).kah kah kah
p/s-kabinet lepas ni senang hati la sume keje bik mama ambik.kah kah kah.

0 comments: